Wednesday, March 11, 2009

Konvoi Ke Taman Negara

8 dan 9 Mac lalu, satu konvoi ke Taman Negara telah direncana. Ia termasuk dalam takwim Bulan Dakwah SKS. Namun perancangnya tak dapat pegi. Ada program lain.

Bagaimanapun anda boleh dapatkan storinya daripada Ustaz Al Hisyam WKTT (wartawan konvoi tak terlatih) yang sedang membina blog baru untuk paparan isu-isu konvoi.

Tuesday, October 21, 2008

PROJEK TAHUN DEPAN

Pengumuman dari Nakhoda:
Tahun depan semua peserta tidak dibenarkan membawa kapchai... Semua kena bawa 250 ke atas.....
Sama ada yang ini (Kawasaki Ninja 650R)
USD6,799 (harga kat luar Malaysia)




Atau yang ini (Kawasaki Ninja 500R)
USD5,499 (harga kat luar Malaysia)

Atau yang ini (Kawasaki Ninja 250R)
USD3,499 (harga kat luar Malaysia)
Atau yang kat bawah ni (Kawasaki Ninja 250)
Kalau beli kat Bentong, RM21,000 OTR










BAHASA LENSOR XPDC FRASER HILL

Ni yang jadi masalah ni... pantang ada orang bawak motor besar, mulalah nak bergambar. Kelihatan dalam gambar, Alakari sedang bertenggek di tepi motor Ustaz Aris untuk merakamkan gambarnya.... Oppss silap maklumat ni rasanya....

Abe Jak bagi taklimat...

Seperti biasa... kami jadi tukang dengar... sami'na wa ato'na

Setelah selesai berdoa, kami berbaris di sisi motor masing2 untuk bergambar sebelum memulakan perjalanan.... Ya

Apa yang tak kena Abe Jak dgn Ust Aris tu... Kari releks je. Maklum la, kampong dia. Ketika ini kami berhenti di Desa Damai untuk bersarapan.
Kami sampai sini lebih kurang jam 10.20 pagi. Masa tu time orang dari atas turun melalui jalan ini. Kami kena tunggu hingga pukul 11 baru boleh naik. Jalan satu saja. Sempit. Yang itu guna untuk naik, yang itu juga guna untuk turun. Makanya kena bergilir lah.

Kenderaan bersusun, nunggu giliran nak naik ke atas...

Dah tak sabar sangat dah gayanya menanti jam 11 pagi untuk mendaki ke puncak Fraser Hill. Motor2 kami berbaris mendahului kenderaan lain. Sebaik sahaja jaga kata "OK boleh jalan," apa lagi brooommmm....

Kebanyakan rumah di Bukit Fraser ni bentuknya ala-penjajah... sebab khabarnya, bukit ni ditemui oleh seorang warga British yang cuba ambil kesempatan di atas kewujudan bijih timah.

Inilah warung yang menyaksikan Abe Jak mengoder goreng keledek seringgit, lepas seringgit, seringgit... ada udang sebaling keledek & keropok lekor.... Hanya ahli konvoi yang tahu rahsianya.... he he he...

Bergambar sebelum turun dari Bukit Fraser. Insya Allah tahun depan kita kerabat lagi ke sini.

"Ada gaya tak, menantu dengan mertua..."

Masjid Kuala Kubu Baru, Dato' Idris dan pemuda-pemuda Umno Hulu Selangor menjadi saksi sekumpulan pemuda motor dari Pahang singgah di masjid tu untuk solat Zohor + Asar (jamak) dan seterusnya buat mini tazkirah

Gohtong Jaya... Apa yang serius benor tu Zahar ngan Ustaz Aris... Masa ni kami sedang berehat dan 'ngete' di sebuah restoren mamak sebelah Hotel Seri Malaysia Gohtong Jaya dalam perjalanan pulang

Di Plaza Tol Bentong... Masing2 sedih nak berpisah. Lidah kelu. Tak tau nak kata apa..... Ala korang ni, macam la nak berpisah setahun. Esok kan kita nak gi sekolah. Jumpa balik. Apa barang la korang ni.... khi khi khi...

Sunday, October 19, 2008

Konvoi SKS Berjaya

Setalah berbulan-bulan dirancang, alhamdulillah akhirnya konvoi dan ekspedisi bermotosikal guru-guru SK Sulaiman berjaya diadakan pada 19 Oktober lalu.


Walaupun tak ramai, tapi kira ok la.... Abe Jak selaku nakhoda, Ust Aris, Ust Hisyam, Bro Alakari, Ust Afiq... Turut disertai oleh beberapa orang guru dari SK Lentang, SMK Lurah Bilut dan SMK Kuala Repas.


Abe Jak membawa motosikal Honda Wave S CBB5569, Zul (SMK Kuala Repas) selaku Marshall menonggang Yamaha TZM CAV8267, Ustaz Aris sama dengan Abe Jak, Honda Wave S CCC7200. Seorang lagi yang membawa Honda Wave 125 ialah Ahmad Syahir, guru sementara SK Sulaiman, nombornya CBR4782.


Ustaz Afiq dan Ustaz Al Hisyam sama-sama membawa Honda EX5, Ustaz Afiq CBE 2204 dan Ustaz Al Hisyam plate Sabah SAA2013B. Khuzaimi membawa Kriss CCF5173 dan Azhar membawa motor Lexus Lucky Sport (tak tau la brand mana...) no CCF5173 (masih baru..).



Cikgu Alakari yang kecewa dengan prestasi motornya membawa Yamaha Sport CAP7806. Dengar khabar, dia nak 'lego' motor tu dan nak beli Kawasaki Ninja 250 pula. Tak tau la isteri dia setuju ke tidak...




Jam 0800
KM 0.0



Ustaz Aris tiba di Padang Tras. Tengok2 ada Abe Jak seorang saja dok tersengeh2. "Mana lagi orang lain?" Kita berdua je la gayanya.." keluh Abe Jak. "Janji pukul 8.00. Macam mana dia orang ni." Ustaz Aris menunjukkan ketidakpuasan hatinya.


Dok kejap, Ustaz Hisyam sampai. Lepas tu sorang lagi. Lepas tu sorang lagi dan akhirnya ada 9 biji motor sudah berbaris. Hati Abe Jak mula rasa lega. Abe Jak berucap mengucapkan terima kasih kepada semua yang turun. Lalu dia memulakan program dengan upacara melantik ketua.




Kari kata, "Abe Jak la jadi ketua!" Ustaz Aris sampuk, "Cadangan ditutup." Maka kami sebulat suara memilih Abe Jak sebagai ketua. Lantas Abe Jakpun kata, "Ya terima kasih. Memang saya nak pun jawatan tu..." Kha kha kha. Memang kelakar orang tua tu.



Lepas tu kami lantik Zul sebagai marshall. Sebab motor dia paling besar. Marshall ni kena jalan belakang. Takut ada apa2 yang tak diingini berlaku kepada juak-juak, maka dia akan pecut ke depan memberitahu rodong2 kat depan.





Masing2 dah tak sabar nak memecut. Ustaz Aris diminta baca doa. Yang lain amin. Ustaz Afiq pula sibuk dok pukul gambar.



Maka perjalanan pun dimulakan dengan destinasi pertamanya, kedai roti canai Desa Damai untuk mentekedarah dulu.




9.15, kami mula bergerak ke arah utara. Masuk ikut jalan depan kilang getah Lee Rubber. Menysuri perkampungan Cina. Pemandangan memang lawa gila. Tenang di tengah2 kehijauan alam ciptaan Allah.


Lebih kurang 20km kami jumpa simpang 3. Kami masuk arah kiri dan dari situ mulalah memanjat gunung. Jalan macam cacing. 'Let' kiri 'let' kanan. Jalan basah. Daun banyak atas jalan. Takut juga nyasar.


Kami terus riding dengan berhati-hati. Asyik sangat menunggang, brother2 yang kat depan perasan tak nampak orang belakang. Lalu mereka berhenti di sebuah jambatan besi yang sedang dalam pembinaan.



Tunggu punya tunggu, rupa-rupanya geng belakang berhenti kencing sebab sejuk sangat... Perjalanan diteruskan lagi.




10.25am
Km 42



Kami sampai di sempadan 2 negeri, Pahang-Selangor. Di situ juga ada simpang ke Bukit Fraser. Bukit Fraser terletak hanya 8 km dari situ. Tetapi ketika itu kami tidak dibenarkan melalui jalan itu. Jam 10.00 kenderaan dari Bukit Fraser turun. Kami perlu tunggu hingga jam 11.00 baru boleh naik. Kaedahnya jam genap, turun, jam ganjil naik.




Jam baru 10.30. Setengah jam lagi perlu menunggu. Sementara tu ada yang nak terkencing, ada yang nak terberak. Ada yang merokok dan macam-macam gaya lagi.


10 minit lagi sebelum jam 11, kami dah mula beratur, susun motor, bersedia untuk mendaki. Tepat jam 11 je, jagapun kata ok, boleh naik. Kamipun terus memecut.



Jalan dia elok. Baru turap kot. Tapi seperti biasalah, macam huruf S bersambung. Let kiri, let kanan, tiba-tiba Kari tersasar. Letnya rendah sangat belah kiri, tersangkut pemijak kaki, lalu skreeeeet.... Dekat 4-5 meter juga terseret tengah selekoh tu. Clucth dia patah.
Dalam keadaan separa sedar tu, dia tak tau nak buat apa-apa. Dia duduk atas jalan macam orang hilang punca. Marshall segara berperanan. Motor dan tuannya dibawa ke tepi untuk memberi laluan kepada kereta2 yang sedang memecut ke puncak Fraser. Peristiwa ini berlaku 4km dari destinasi.






Perjalanan diteruskan. Beberapa minit kemudian...




11.25


Km 50





... kami sampai di menara yang menjadi mercu tanda Bukit Fraser. Berhenti seketika untuk menghirup udara segar dan melihat pemandangan indah. Ada banglo2 ala Inggeris, ada padang golf, ada balai polis, ada klinik dan sebagainya.



Kemudian kami mula ronda2... terus ke warung untuk 'ngete'. Di warung tu, seperti biasalah, Abe Jak mula menunjukkan 'aksinya'... Si penjual kerepok lekor dan goreng keledek menjadi mangsa 'gurauan'nya...



Kami berehat di situ. Minum air, makan keropok lekor dan keledek goreng. Malas nak order nasi. Kata Ustaz Aris, sendawa pun masih dok terasa lagi roti canai Desa Damai tadi... Perut masih sendat...



Kemudian kami ke masjid. Zohor belum masuk. Jadi ada lah dua tiga orang yang berkunjung ke bilik termenung masjid tu.







12.30




Kami mula bergerak turun meninggalkan Bukit Fraser dengan harapan akan datang lagi lain kali. Turun ni bahaya sikit. Nak kawal brek dan let gila tu. Sampai di gate bawah sekali tu, kami terus beluk ke kanan, masuk negeri Selangor.



Perjalanan diteruskan. Abe Jak depan sekali. Lama dalam keadaan begitu. Makin lama, punggung makin panas. Makin ke bawah, cuaca makin panas.






1.00



Akhirnya kami berhenti di sebuah tasik yang besar. Kami berhenti untuk 'melegakan' sikit kepanasan punggung. Tapi silapnya kami berenti kat tempat panas juga. Panas pun panaslah. Kami sempat juga posing dua tiga keping gambar buat kenangan.


Perjalanan diteruskan lagi. Memang best. Jalan elok kat negeri Pakatan Rakyat ni. Tak tau le kerajaan dulu ke, kerajaan leni ke yang buat jalan tu. Tapi memang best la.

1.30pm
Km 87


Kami tiba di bandar Kuala Kubu Baru dengan selamat. Destinasi pertama kami ialah stesen minyak Petronas. Masing2 pakat isi minyak penuh2 utk mengetahui berapa banyak motor dah telan minyak. Motor Ustaz Al Hisyam baru dalam 4-5 ringgit. Ustaz Aris RM4.50.

Alakari.... Sekali lagi alakari tak puas hati dengan motor dia. Dah telan RM7.00. Tu belum kira 2T lagi (RM 10.00).... TZM toksah kira la... dapur besar.

Lepas tu kami terus ke masjid utk solat Zohor dan Asar secara jamak taqdim. Sampai kat masjid, kami tengok kawasan tu penuh dengan bendera Umno. Rupa2nya Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor sedang mengadakan mesyuarat agong.

Waktu tu mereka sedang rehat. Jadi ada la beberapa orang yang masuk ke masjid untuk solat Zohor. Ustaz Aris cuba tegur seorang budak Umno tu, "Engkorang mesyuarat pemuda ke?" "Ya, Pemuda Hulu Selangor." Tanya lagi, "Oh gitu. Sapa yang rasmi?" Budak tu jawab, "Dato' Idris."

Pastu Abe Jak pula menyampuk, "Idris Jusoh ke?" Budak tu kata, "Tak, Idris...." aku tak ingat dah dia kata Idris bin apa da... Tapi yang pasti, masa kami solat berjemaah, ada seorang muka dia macam muka 'dato'... Dia solat sebaris dengan kami berimamkan Ustaz Aris.

Sudah solat Zohor an Asar, Ustaz Aris bagi sikit tazkirah. Dia kata konvoi ni satu proses mencari ilmu. Lihat alam, gunung, lembah semuanya dapat ilmu, ilmu kebesaran dan keagongan Allah. Bila dah nampak kebesaran dan kehebatan Allah, maka kena la banyak2 berzikir.

Dia kata kalau nak mula naik motor, kena baca doa. Bila mendaki kena takbir. Bila menurun kena tahmid. Bila sampai, "Alhamdulillah..."

Dato' tu pun pasang telinga juga dengar tazkirah kami tu. Sudah je tazkirah kami beredar ke motor masing2. Zaimi pula gi borak ngan dato' tu. Dia kata dia kagum ngan geng kami ni. Biasanya geng rempit ni takde semayang2nye. Tazkirah lagi le takde....

Zaimi tanya dia, "Pakcik datang dari mana? Ke memang orang sini?" Dia jawab dia datang kerana memenuhi jemputan untuk rasmikan mesyuarat... Ooh rupanya inilah yang budak Umno tu kata, Dato' Idris... Tapi tak Idris bin apa.

Perut dah berbunyi. Tapi kami pergi kedai pomen dulu sebab nak repair motor Kari yang eksiden tadi. Lepas tu singgah kedai mamak. Tak jadi makan. Transfer ke kedai Melayu seberang jalan. Kamipun makan tengahari la di situ.

3.15 pm

Kami meneruskan konvoi kami menuju ke arah Batang Kali. Hujan mula turun renyai-renyai dan akhirnya lebat. Kami semua berhenti untuk pakai baju ujan. Perjalanan diteruskan dalam ujan tu.

Sampai Batang Kali kami tak berhenti. Hinggalah masuk ke simpang menuju ke Genting Highland. Kami berhenti di Air Terjun Batang Kali. Cadang mulanya nak mandi. Tapi bila sampai di situ, ujan semakin lebat. Maka agenda kami di situ hanyalah 'lepak' kat sebuah wakaf yang ada di situ.

4.15

Mandi tak jadi. Maka setelah lama berehat, kami teruskan perjalanan menuju ke Genting Highland. Tapi bukan nak masuk Genting tu. Kami hanya melintasinya. Sampai di Gohtong Jaya, kami berenti sebentar untuk meredakan kepenatan.

Kami singgah di restoren mamak sebelah hotel Seri Malaysia. Minum air. Makan tak oderpun. Tapi tiba2 ada sorang cina tu datang bagi kami rasa lima nam biji buah berangan. Orang dah bagi free, terpaksa la beli.

Abe Jak dengan murah poketnya membeli se'jaber' buah berangan berharga RM10.00. Semua pakat makan la sikit sorang.

5.05 pm

KM 126

Kami mula menunggang turun ke Genting Sempah. Dari Genting Sempah terus ke Bukit Tinggi. Dari Bukit Tinggi, ke Lentang. Sampai di KM52.0 highway Karak KL ni, kami berhenti kerana Azhar dah nak kona masuk ke rumah dia. Dia tinggal di situ. Kami bersalam salaman dengan penuh syahdunya.

Lepas tu kami terus memecut ikut Abe Jak. Abe Jak saja bawak laju sebab nak test power. Ternyata motor Wave 125nya hanya mampu menggelunsur hingga selaju 110km sahaja. Tak boleh lebih...

5.45 pm

Sampai di Plaza Tol Bentong. Kami berhenti di situ untuk wada' dan bersalam-salaman tanda perpisahan sementara. Baru nak mula salam, tiba-tiba vvbrrooom... sebuah Ninja Kawasaki melintas. Kemudian dia patah balik untuk berjumpa kami. Rupa2nya orang Bentong.

Bermula dari situ, semua ahli dan ahli bersekutu bermimpi2 untuk membeli Ninja 250. Insya Allah tahun depan kita konvoi dengan motor Jepun tu.

Moga Allah meredhai perjalanan kami